11.9.11

hail juji!

masuk kali ini dah dekat 37 kali.

sudah hafal lirik lagu. sambil membayangkan short filem. ada pintu ada naga ada pukat ada burung ada kuda terbang. lari lari getis dalam taman bunga. sembunyi balik semak main cak cak. awak suka saya kejar lah saya. meh meh!!!

weh cepat lah hantar kuda terbang. aku rindu kat kau ni weh!




cucuk pusat makcik urut


hari ini sebelas haribulan. seperti sebelas haribulan yang lepas atau akan datang, aku akan duduk diluar balconi menikmati malam yang damai. melihat bintang sambil meng'emo'kan diri bukan menggemukkan diri. harap maklum.

tapi tidak seperti sebelas haribulan yang lalu, aku cuba mengingatkan cerita cerita lawak bersama arwah. tak mahu sedih malam ini. aku nak meng'emo'kan diri secara positive. lalu teringat cerita cucuk pusat makcik urut. kalau bukan arwah yang paksa, tidak mungkin aku akan dapat rasa penangan urut tradisional kemban batik separuh bogel melayu.

ok ceritanya bermula begini...

tahun lepas, aku balik malaysia dengan penyakit anemia iron deficiency. kurang darah tak cukup makan hati lembu kata orang melayu. entah apa sebab. selidik punya selidik aku cuba salahkan air ini. setiap hari sabtu aku togak bagai konon nak cukup energy untuk berkerja. campur pulak dengan 6 cawan kopi bagi cergas macam beruk. berserta activiti menelan pil ginseng guarana macam orang gila. sebagai orang yang kecil molek, aku rasa tahap pengambilan caffeine aku melebihi tahap piawayan (macam mana eja?) yang ditetapkan. doctor aku cakap mungkin jugak sebab diet separa veggie yangyangyok aku. (macam pelobi industri daging lembu lah pulak doctor ni). tekan benda alah ni kalau korang rasa dia menipu. apa pun sebab, yang aku tahu tahun lepas adalah neraka buat badan aku. lemah longlai, jalan bongkok mcm orang tua. sumpah taubat. sekarang kopi aku minum sekali sehari. ganti dengan darah lembu fresh terbaik dari ladang. yummy!

so nak jadikan cerita, arwah suruh aku pergi berurut. aku tak pasti kenapa dan apa kaitan dengan penyakit aku. dia kata pergi aje lah. bagi urat jangan kejang. selama hidup aku tak pernah pergi berurut secara serious. kalau ada pun, urut geli geli malam hari. arwah cakap umur makin tua badan cepat masuk angin dan darah tak jalan lancar.  badan orang yang macam aku yang datang dari negara panas ni tak sesuai dengan cuaca negara sejuk. seminggu dia pujuk suruh pergi. last last aku give up. aku cakap ok.

temu janji pun ditetapkan besok harinya. aku siap siap pakai baju kurung (yelah masa tu tengah sibuk orang beraya lagi tak akan aku nak pakai baju gaun pulak). arwah capai satu kain batik suruh aku simpan dalam beg tangan. 

"eh kain batik nak buat apa ni?" bebel aku.

"buat salin. abis nak berurut pakai baju kurung." marah arwah.

damn, mesti kena kemban dikhayalak ramai. nasib baik bulu kaki dah cukur semperna hari raya. kalau tak mesti heboh satu kampung. perempuan tak pandai menjaga kecantikan diri.

sampai rumah makcik urut. hati aku berdebar. rumah papan beratap tinggi. ada pokok rambutan depan rumah. ayam itik berlari lari dihalaman rumah. memang prop sesuai macam dalam cerita melayu dalam scene pergi rumah makcik urut. bila arwah bagi salam, makcik urut menggenguk dari jendela sambil membalas salam.

"naik lah. pintu tak kunci. jemput naik. meh meh naik." 

aku senyum. makcik urut nampaknya sangat friendly. hilang sikit rasa gemuruh. aku membayangkan yang lebih buruk. yelah orang balik oversea mesti ada sikit getis. tak ranggi lah kalau tak getis dan bias pada amalan nenek moyang sendiri. getis kan aku? nasib baik aku tak pakai kasut tumit tinggi. tambah satu point getis orang balik oversea. 

setelah habis satu balang kuih batang buruk dan seteko teh gila manis. dan jugak setelah sesi beramah mesra serta soalan soalan berunsurkan geography dan history habis. makcik urut cakap,

"meh masuk dalam bilik. kain batik bawak kan?"

"ye ada dalam beg tangan saya ni."

"bagus, awak tukar baju kurung tu dan pakai kain batik. kemban. coli semua buka ye."

aku pandang arwah mintak izin. yelah bukan aku prude pun cuma tak biasa berkemban dengan orang orang asing. arwah pun tak pernah nengok aku berkemban, ini kan pulak makcik urut yang aku baru kenal tak sampai 15 minit. nasib baik kuih batang buruk dia sedap. kalau tak aku suruh dia urut menutup aurat.

bila masuk dalam bilik, aku nampak tikar mengkuang terbentang lebar atas lantai. terbayang segala macam manusia yang telah diurut kemban atas tikar mengkuang tu. ada bantal sarung ropol ropol isi kekabu dihujung atas tikar. aku paling suka gerobok cermin makcik urut. sangat comel. ala zaman dulu dulu. atas gerobok cermin tu ada botol bedak cuticura, dua sisir sikat dan barang solek jenama avon. 

aku baring atas tikar. arwah duduk dekat sebelah. makcik urut pun masuk dalam bilik dengan botol minyak ibu kelapa. baunya sangat exotic seperti berada di kepulauan bora bora. setelah itu sesi urut pun bermula. fasa pertama, boleh tahan. lembut tak sakit. ala sepoi sepoi bahasa. mendayu boleh buat tidur.  bila masuk fasa kedua aku dah macam beruk kena baling dengan mercun. ini bukan lagi berurut. ini dah macam kena karate. retak tulang belulang. arwah cakap relak lah, bukan selalu. nak baik mesti kena suffer dulu. ye mak saya paham. ye mak saya ikut cakap mak. saya anak yang mendengar kata. saya anak yang baik. 

satu jam aku mengelupur. bila tiba fasa ketiga, fasa yang aku suka. sebenarnya tak ada dalam package tapi makcik urut bagi secara percuma. semuanya bermula bila dia tanya apa sakit aku.

"kurang darah ye? pembawak budak selalunya ada masalah kurang darah ni. meh makcik nengok kalau awak ni pembawak budak atau tidak."

"ah pembawak budak tu apa lah cik?" 

"ada mengidam yang bukan bukan? cik nengok tadi awak makan kuih batang buruk sampai habis sebalang." 

"dah sedap, saya makan lah. bukan selalu pun. mengidam apa nya. saya bukan hamil pun."

belum habis cakap kenapa aku tidak sepatutnya hamil. makcik urut terus mencucuk pusat aku. aku terkebil pandang arwah. jangan makcik urut ni cakap yang bukan bukan. lama dia cucuk pusat aku. last last dia cakap,

"nampak gaya pembawak budak dia ni. kalau dengar betul betul, ada bunyi dengupan jantung. baru nak jadi. dalam 2 minggu gitu."

seperti baru bangun dari mimpi ngeri. terkulat kulat tak paham apa yang terjadi. biar benar atau adakah ini lawak semata mata. bukan aku nak perlekehkan amalan nenek moyang aku. tapi ini kali pertama aku dengar test kehamilan menggunakan teknik cucuk pusat. mungkin aku yang getis tak pernah tahu teknik cucuk pusat itu sebenarnya telah wujud lama. aku nak check google, rumah makcik urut takde wifi. tapi atas dasar confidentnya aku akur. tapi rezeki tak akan datang bergolek kalau tidak diusahakan. aku rasa aku kawin dengan putera bunian ke apa? pemikiran aku sebenarnya lebih tertumpu pada teknik cucuk pusat makcik urut. terkesima hampir terpegun. dalam hati aku cakap, hebatnya makcik urut ni. cucuk pusat sudah tahu dalam perut ada apa. tangan dia ada scan ke apa?

habis upacara urut dan cucuk pusat. aku lipat kain batik aku bayar 30 hengget salam tangan dan angkat kaki. 

makcik urut cakap datang balik. afdal 3 kali urut session kalau nak baik. 

dan of course aku datang balik berurut 3 kali. saja aku nak tahu lebih lanjut teknik cucuk pusat dia. dan 3 kali jugak dia beria ia kata aku mengandung. berdasarkan dari pengalaman lalu, makcik urut kata dari 8 orang customer yang telah dicucuk pusat, semuanya membuah kan hasil yang positive.

arwah geleng kepala. aku tak pasti dia percaya atau bersikap skeptical macam aku. yang nyata cerita tu agak lawak. 


sampai sekarang aku masih tunggu pebawak budak ni berlenggang perut, berparam palis atas dahi dan berbengkung bagai. 


setahun kemudian, aku berfirasat kemungkinan pembawak budak tu bunting gajah. 


hanya makcik urut yang tahu apa rahsianya...


kalau balik nanti, aku nak seround dua urut session. angin badan dah banyak dah ni. 


makcik urut, tunggu saya datang bawak kain batik...











ali oh ali

if you think i am a fool, betcha i am not...



Corps du message



FROM DR.MUSTAPHA ALI.
BILL & EXCHANGE MANAGER.
GROUP BANK OF AFRICA (BOA)
BURKINA-FASO WEST AFRICA.


                                          STRICTLY AND CONFIDENTIAL.


Dear Sir.
       
I know that this mail will come to you as a surprise as we never met before. I am Dr.Mustapha Ali, the Bill & Exchange Manager section of Bank Of Africa (B.O.A) Ouagadougou Burkina Faso.  I Hope  that you will not expose or betray this trust and confident that I am about to repose on you for the mutual benefit of our Both families.

I need your urgent assistance in transferring the sum of Fifteen Million Five Hundred Thousand united state dollars ($15.5mUSD) immediately to your Bank Account.

The fund has been Dormant (in-active) over 10 years in our Bank here without any body coming for it. I want to Release the Fund to you as the nearest person to our Late Deceased Customer Engr. Adams Salah from Toronto Canada (the owner of the account) who died long with his entire Family Both his Supposed Next of kin in the Air Crash since on 31st July 2000 and since then our Bank Management has been waiting for the Relation to come and Claim the Fund but up till now and no body came as Relation to Engr. Adams Salah..

I don't want the fund to go into our Bank treasury Account as an abandoned fund, so this is the reason why I contacted you, so that our Bank will release the fund to you as the nearest person to the deceased customer.  Listen i contacted you to come and stand as his Business Associate as to enable our Bank Management to release the Fund to you through my under ground work for i am going to back you up under ground as your insider with all the information's i have with me concerning the Late. Deceased and his Entire Family as the Bill & Exchange Manager in our Bank.

Please I would like you to keep this proposal as a top secret and delete it if you are not interested. Upon receipt of your reply, I will give you more details regarding this transaction and also note that you will have 40% of the above mentioned amount if you agree to help me execute this Business.  Listen after the funds has been transferred into your bank account you  will take additional 5% out of the 15.5M as a compensation for your Financial Assistance during the processing of the Release  and Transfer of the Inheritance Fund by our Bank Management and 55% is for me been the Initiator. I need to hear from you urgently so that I will give you more Details regarding this transaction. Because the Rule and Regulations of our Bank Stipulated that if such thing happened to any of our Client and after 7 years if someone Related to  the Deceased did not come to Claim the Balance the Next thing is to Push the Fund into the Government Treasury Account as
Unclaimed Bills.

So please because of this reason i have decided to contacted you to come and put Claim over this Fund and through my under ground work as the Bill & Exchange Manager inside our Bank i assure you that once you Apply to our Bank as the Next of Kin the Fund will be Release and Transfer into your Bank Account which you are going to provide for the Transfer of the Fund on your Favour. Make sure you forward to me all your Personal information's Bellow for my own Record as my Business partner including your Photo or your Identity Card for I need to know whom I am entrusting such huge amount of Money in His or Her Account .

Please do not entertain any atom of fear concerning the transaction for all arrangement has been already made for the smooth Release and Transfer of the Inheritance Fund into your Bank Account if only you are ready to show your full coo-operation with me during the Bank Official processing to enable us achieve our goal for i assure you 100% Risk Free Transaction and again bear in Mind  that you have noting loose  in this Transaction once you can obey and also follow the Bank Instruction’s as the Next of Kin for my own duty is to be feeding you with any good development under ground as your insider.

Secondly you should understand that any Money you spend on behalf of this Transaction shall balance back to you once i arrive there in your Country immediately you confirm to me that you have receive the Fund into your Bank Account. So you have to check your self very well if you are capable to handle the transaction with me before responding for more Details.

Name......................................
Your Country..............................
Occupation................................
Age.......................................
Your Marital Status.......................
Your Personal Fax N°......................
Your Personal Mobile N°...................
Your Sex..................................
8) Your Religion..........................
9) Your Photo or Local Identity...........

Waiting for your urgent response so that we can commence immediately with the transaction and feel free to ask me any question for more Clarification.

Best Regards,

Dr.Mustapha Ali

GROUP BANK OF AFRICA.


ali oh ali, why me for fuck sake yo!