31.3.11

sarapan petang, donut bulat bulat

dulu masa arwah ada, bila dia sibuk memasak, aku hanya jadi tukang nengok dan tukang makan. tak pernah terlintas nak belajar memasak. bila dia dah tak de nie, semua benda aku belajar, hatta merebus pucuk ubi pun aku belajar. (korang ingat senang?)

jadi untuk petang ini, sebagai tribute untuk arwah, aku buat donut untuk kali ke 4 minggu ini. 3 hari yang selebihnya, aku sibuk dengan vegan peanut butter filling cookies. atas permintaan hebat rakan sekerja. 

campak 3 cawan tepung, 3 sudu besar lemak sayuran, sikit garam, sikit maizena (jangan tanya kenapa, secara logiknya aku rasa donut aku akan menjadi lebih menggoda).  bancuh sepeket yeast kering dengan sikit air suam, 2 sudu besar gula sampai berbuih. tuangkan bahan basah kedalam bahan kering. uli sampai sebati. kalau doh lembik, tambah sikit tepung. kalau doh kering, tambah sedikit air suam. doh yang cantik mesti tidak melekat ditangan. ikut logik akal kan? kemudian biarkan sampai doh naik menggebu. bila doh dah cukup rehat. gentel bulat bulat. aku malas nak buat typikal donut berlubang tengah. yang bulat bulat comel ni senang nak masuk dalam mulut. terasa guilty calori free terus. sebab otak aku cakap, yg kecik tak semestinya mengemukkan. pemikiran bawah sedar aku memang lebih pandai dari diri puan badan sendiri. panas kan minyak, bila dah cukup panas, campak doh yang telah digentel bulat. bila dah agak keperangan, angkat, letak atas kertas absorb minyak. taburkan gula aising. voila jadi lah donut bulat bulat buat sarapan petang. nak lagi best, sertakan kopi pahit kaw kaw. untuk pengetahuan semua, memasak ini seperti membuat experiment dalam kelas sains. jika kali pertama gagal, cuba lagi. kali kedua masih lagi gagal, tolong lah jangan saman aku.

kalau arwah ada ini, mesti dia tepuk bahu aku cakap, "bravo anak ku!"

jangan dibuat dirumah


moz dan pisang goreng kingfisher


"kau nanti akan menyesal.  kau akan rindu kat aku." tiba tiba dia bersuara.

baru aku nak lelap tidur. buat penat si moz dodoikan aku. minta maaf moz, bukan aku tak sudi nak terlelap dibawah alunan suara mu yg merdu. tapi suara  yg mengeluarkan kenyataan itu membuat kan biji mata aku tiba tiba segar. bak disimbah air garam. ayat ayat yang boleh membuatkan aku geram sambil menjojolkan biji mata. 

"kenapa kau cakap macam ini?" 

aku membetulkan kedudukan punggung aku yang hampir kebas. dah tua macam ini naik kereta berjam memang membebankan punggung sebenarnya. lagi lah kalau jalan berlobang sana sini. ah malaysia dan sistem jalan jalannya. cukup zalim untuk bontot bontot si tua. detik hati ku.

"sebab aku tak rasa kau profit moment yang ada. kau asyik buat muka ketat. makan pun kau tak ingat kat aku. semua kau lahap. itu sayang namanya?"

aku senyum. dia ni marah pasal semalam aku makan pisang goreng sampai habis.   atau dia sahaja nak suruh aku temankan dia berborak?

"yelah, besok singgah kingfisher. kita makan pisang goreng sama sama. janji aku tak lahap sorang sorang." aku pandang dia. cuba melawak tapi dia senyap. merajuk agak nya. lantak lah. aku alihkan pandangan ke luar, usha awek cun. sahaja testing power. tapi tiada respond yang memberangsangkan. awek cun tu pakai tudung duh dan ini malaysia ok.

hujan mula turun, renyai dan si moz masih melalak shadu. perut aku mula berbunyi. ah memang waktu yang sesuai untuk pekena pisang goreng kingfisher.

"aku lapar. pusing kingfisher. kita tapau pisang goreng ok."

dia masih senyap. tapi aku tahu dia tak akan biarkan aku mati dalam kelaparan. apatah lagi mati dengan muka ketat mengidamkan pisang goreng kingfisher. 

15 minit selepas itu, aku nampak signboard kingfisher. aku tahu senyap dia, senyap lapar. 


sekarang bila aku dengar moz menyanyi, aku bingit. bising lah kau moz. kau saja bagi aku rindu.

"let me kiss you huhuhu let me kiss you huhuhu."  terlalak lalak dia menyanyi. kalau dia tahu penangan pisang goreng kingfisher, mesti lagi shadu dia melalak sambil pegang pisang. mesti dia akan buat lagu "meat is murder but not fried banana kingfisher."









*narrator, pemandu kereta dan pisang goreng kingfisher adalah rekaan semata. yang wujud dalam cerita ini hanya abang moz dan lagu lagu shadunya. sekian terima kasih.










25.3.11

paranoid kelas pertama




aku memang paranoid kelas pertama. takut sesat, takut kena seluk beg, takut kena ngurat, takut org tunjuk kemaluan. takut tidur dalam gelap. takut jalan dalam semak samun. dan juga segala macam ketakutan. kepala besar tapi penakut. suara garau macam halintar tapi hati kecut. sampai kawan  baik aku hilang ingatan bila aku boleh sesat kat lcct. tak tahu yg mana satu balai penerbangan, yg mana balai ketibaan. ketakutan melampaui batas, aku sesat sampai nak masuk dalam surau. yes, hampir masuk dengan seluar pendek. aku salahkan signboard. besar tapi tak user friendly. mungkin aku terlebih cautious atau pemikiran bawah sedar aku yg sedang bermain dengan diri aku sendiri.


yg heran nya aku paranoid bila aku berada di malaysia. negara lain, no hal. langsung tak heran. pernah sekali di bandar Brastilava, 3 org nazi mabuk duduk bebel depan aku. aku tak paham cuma aku tunggu aje masa diorang nak keluarkan pisau. atau setiap kali aku hitchike nak pergi kerja. aku gamble. kalau kena dengan serial killer, aku reda. umur aku tak panjang. jugak bila aku scam tiket train. destinasi tertera di atas tiket sudah terlepas. pura pura tidur dengan nyenyak atau berlakon seperti tourist japanese yg bingai. oh cerita aku naik scooter tanpa lesen untuk pergi interview kerja. jarak jauh perjalanan makan 80km pergi dan balik. naik turun gunung. first time pergi jauh. scooter gegar kena sempoi angin lori 10 tayar. aku selamba. cuma ketiak sikit berpeluh. explore hospital lama kat lyon. panjat pagar mcm jantan. tag wall hospital dgn graffiti. kena tahan polis sebab bawak member aku tanpa helmet. scooter terlupa lekat road tax dan tanpa lesen. sangkut kat boarder Poland dengan Czech Republic 10 jam pasal member aku seludup cd punk rock tanpa bayar cukai.

apa cerita kalau sampai malaysia, turun flight aku dah start paranoid? adakah sebab aku selalu disogok dengan cerita sensasi yang aku terbaca dalam tabloid murahan. mungkin juga sebab orang sekeliling yang selalu menjaga tepi kain baju kurung aku. adakah kerana pantang larang seperti jangan duduk atas bantal, yang membuatkan aku paranoid terhadap bisul. kalau tidur bergelap akan datang rasa seram sejuk seperti ada mata mata gatal yang memerhati tingkah laku aku. sanggup aku berjaga sampai subuh sebelum tenang menyelimut kan diri. kalau berjalan, aku tak bawak handbag, pakai ala kadar, emas permata aku suruh arwah pakai. taubat sebab sekali aku terkena, keluar duit banyak sangat sebab nak pegi thailand masa itu. beg duit kena copet tanpa sedar. kalau nampak budak muda naik motor, aku gigil satu badan. ini dia mat rempit, cepat kunci kereta, nanti kena rogol. 

ultimatum dalam sejarah ketakutan aku adalah cerita aku naik teksi nak balik ke subang. perjalanan setengah jam yang membuatkan aku hampir mati nak terjun teksi. mana aku tak takut, kalau abang teksi ambil jalan shortcut, lalu kawasan tempat buang sampah. macam jalan mati. aku terus bukak pintu, kaki kanan dah terjulur keluar. abang teksi bla bla bla cerita pasal kehidupan dia sebagai pencari rezeki dibumi malaysia. aku dah macam orang gila kat belakang. sekali dia toleh, "adik nak pegi mana? kenapa bukak pintu ni?" aku jerit, "abang nak bawak saya pegi mana, jangan rogol saya bang!" abang teksi geleng kepala sambil gelak. '"awak ni paranoid sangat lah. abang ikut shortcut." aku tutup pintu. tarik nafas. abang teksi sambung balik cerita kehidupan dia. kali ini dia cerita macam mana dia selamatkan makcik tua yang kena copet kat shopping mall. duh memang double duh. 


paranoid aku sampai aku boleh pikir yang bukan bukan. ada aje suara suara dibawah sedar yang berbisik. kadang kadang aku cakap dengan diri sendiri chill out lah babe. jangan baca sangat metro kalau balik malaysia. mana aku berada sama aje risk nya. kalau aku boleh berhadapan dengan 3 nazi mabuk, ini kan pulak hantu tetek. apa lah  sangat kalau kena sembunyi dengan hantu tetek. itu pun kalau memang dia wujud pun. ada sapa sapa nak bawak aku berjalan dalam belukar next time aku balik malaysia? 


"total paranoia is just total awareness."






23.3.11

poket sakti doremon atau tongkat sakti si putri?

kalau kehidupan ini disediakan dengan alat kawalan jauh. pasti butang rewind akan lunyai jadinya. ditekan berjuta kali. salah sekali, tekan. dua kali, tekan. sampai batteri mati.  tapi kata pari pari, kehidupan ini akan terus berjalan sampai keepisod akhir. tiada ulang tayang. tiada butang rewind. tiada alat kawalan jauh.  jauh sekali poket sakti si doremon.

"cepatlah, cerita dah nak start. hari ini ada pari pari." jerit arwah sambil mengetuk pintu bilik.

aku tutup mac. post rock boleh tunggu. sekejap aje layan sinetron, bukan selalu. balik 3 bulan sekali. ambik masa lepak dengan arwah. bila lagi aku nak kenakan dia. aku tahu dia geram kalau aku bingit dengan cerita tak masuk akal dan berbelit belit. nangis tak berhenti mengenangkan hidup yang palat. make up crayolan kalau kikis 2 kilo boleh dapat. rambut makcik makcik sinetron yg cantik berset. yang paling aku benci bila dalam situasi agak cemas, semua pelakon akan terlopong. kemudiannya akan diikuti dengan iklan selama 10 minit. dan untuk memeriahkan lagi cerita, ada pulak pari pari. diulangi pari pari. double duh! tambahkan sikit mistikal, baru ada rasa!


walau sejujurnya, aku tidak lah give a damn. bila sekarang aku pikir balik. apa yg nampak banal pada mata aku, pada mata arwah itu sudah cukup wow. tak payah gelang emas atau baju sutera jakel buat kan arwah gembira. nengok siska dan rika pun sudah cukup. bertambah kalau aku duduk lepak sekali. aku tak rasa arwah ambil peduli theory sinis aku. yang arwah mahu adalah sedikit hiburan buat teman. tak akan goyah akidahnya kalau dia nengok pari pari terbang bersama tongkat sakti. janji dia happy.

aku lebih prefer doremon dan poket saktinya. aku suruh dia keluarkan alat kawalan jauh kehidupan. tekan butang rewind. berhenti tepat time aku lepak dengan arwah nengok sinetron bawang merah bawang putih.


kenapa? sebab aku nak nengok senyuman arwah. 

11.3.11

the box of hunger

she had  a list of wishes. she wrote them on a piece of paper and she kept it in a box she called box of hunger. when she done with some of the wishes, she crossed them out. she used a black marker. an abyss of satisfaction when she scratched the tip on the paper. twice strokes and she smiled. 

1)  i wish to be free and happy to be lost forever.  "i let go. lost in oblivion. dark and silent and complete. i found freedom. losing all hope was freedom." chuck wrote that. i should stop quoting him.

2)  to be in that square with horses statue and blue eyes dude somewhere in europe. a dream of 10 years old girl who wants to see world in a different logic. well less the dude. he galloped away.

3) an apple mac. if i can save 100 each month.

and the list continued to haunt the box of hunger. she always thought that the box of hunger would puke all her craving someday. yelled to her to stop all the binge. not to have a colon cancer. poor box.

the last entry stop here:

8) i wish to know her better. her dream and despair. her favourite colours or just  to say something sensible. as simple as i adore you. if possible, when she sleep. oh yeah i need to absolutely get her brayani rice recipe. must. i will call her on wednesday. 10pm will be nice.

she never cross that out. that piece of paper stayed intact in the box of hunger. no longer wish for bold mark. left an infinite desire of saying a simple "i adore you".

oh yeah, i forgot, she added another wish. scribed as no 9 wish.

9) i will rejoin her....


10.3.11

nota bersepah

dia kata kalau marah, tak puas hati, jiwa kacau, jangan disimpan. luahkan. (sapa yg nak dengar?)
aku tanya, kalau nak baling mug boleh? dia kata, jangan. mug yg nak dibaling tu bukannya percuma.
aku tanya lagi, kalau nak toreh urat lengan, boleh? dia kata, jangan. itu kerja gila. boleh terus masuk neraka.
dan aku tanya lagi dan lagi, kalau tulis dalam blog, boleh? dia kata, boleh. nanti satu dunia tahu. jadi fames. aku kan suka perhatian. bila lagi.


bak kata org sini,


                                                         il y a commencement à tout


                                                      setiap sesuatu ada permulaan


sambil menaip, aku tersenyum. terdetik hati. bukan aku mahu perhatian. kalau boleh dikongsi dan menjadi terapi diri, kenapa tidak. tiada siapa yg rugi. selamat kertas dan dakwat pen. hutan amazon menjerit gembira.