25.3.11

paranoid kelas pertama




aku memang paranoid kelas pertama. takut sesat, takut kena seluk beg, takut kena ngurat, takut org tunjuk kemaluan. takut tidur dalam gelap. takut jalan dalam semak samun. dan juga segala macam ketakutan. kepala besar tapi penakut. suara garau macam halintar tapi hati kecut. sampai kawan  baik aku hilang ingatan bila aku boleh sesat kat lcct. tak tahu yg mana satu balai penerbangan, yg mana balai ketibaan. ketakutan melampaui batas, aku sesat sampai nak masuk dalam surau. yes, hampir masuk dengan seluar pendek. aku salahkan signboard. besar tapi tak user friendly. mungkin aku terlebih cautious atau pemikiran bawah sedar aku yg sedang bermain dengan diri aku sendiri.


yg heran nya aku paranoid bila aku berada di malaysia. negara lain, no hal. langsung tak heran. pernah sekali di bandar Brastilava, 3 org nazi mabuk duduk bebel depan aku. aku tak paham cuma aku tunggu aje masa diorang nak keluarkan pisau. atau setiap kali aku hitchike nak pergi kerja. aku gamble. kalau kena dengan serial killer, aku reda. umur aku tak panjang. jugak bila aku scam tiket train. destinasi tertera di atas tiket sudah terlepas. pura pura tidur dengan nyenyak atau berlakon seperti tourist japanese yg bingai. oh cerita aku naik scooter tanpa lesen untuk pergi interview kerja. jarak jauh perjalanan makan 80km pergi dan balik. naik turun gunung. first time pergi jauh. scooter gegar kena sempoi angin lori 10 tayar. aku selamba. cuma ketiak sikit berpeluh. explore hospital lama kat lyon. panjat pagar mcm jantan. tag wall hospital dgn graffiti. kena tahan polis sebab bawak member aku tanpa helmet. scooter terlupa lekat road tax dan tanpa lesen. sangkut kat boarder Poland dengan Czech Republic 10 jam pasal member aku seludup cd punk rock tanpa bayar cukai.

apa cerita kalau sampai malaysia, turun flight aku dah start paranoid? adakah sebab aku selalu disogok dengan cerita sensasi yang aku terbaca dalam tabloid murahan. mungkin juga sebab orang sekeliling yang selalu menjaga tepi kain baju kurung aku. adakah kerana pantang larang seperti jangan duduk atas bantal, yang membuatkan aku paranoid terhadap bisul. kalau tidur bergelap akan datang rasa seram sejuk seperti ada mata mata gatal yang memerhati tingkah laku aku. sanggup aku berjaga sampai subuh sebelum tenang menyelimut kan diri. kalau berjalan, aku tak bawak handbag, pakai ala kadar, emas permata aku suruh arwah pakai. taubat sebab sekali aku terkena, keluar duit banyak sangat sebab nak pegi thailand masa itu. beg duit kena copet tanpa sedar. kalau nampak budak muda naik motor, aku gigil satu badan. ini dia mat rempit, cepat kunci kereta, nanti kena rogol. 

ultimatum dalam sejarah ketakutan aku adalah cerita aku naik teksi nak balik ke subang. perjalanan setengah jam yang membuatkan aku hampir mati nak terjun teksi. mana aku tak takut, kalau abang teksi ambil jalan shortcut, lalu kawasan tempat buang sampah. macam jalan mati. aku terus bukak pintu, kaki kanan dah terjulur keluar. abang teksi bla bla bla cerita pasal kehidupan dia sebagai pencari rezeki dibumi malaysia. aku dah macam orang gila kat belakang. sekali dia toleh, "adik nak pegi mana? kenapa bukak pintu ni?" aku jerit, "abang nak bawak saya pegi mana, jangan rogol saya bang!" abang teksi geleng kepala sambil gelak. '"awak ni paranoid sangat lah. abang ikut shortcut." aku tutup pintu. tarik nafas. abang teksi sambung balik cerita kehidupan dia. kali ini dia cerita macam mana dia selamatkan makcik tua yang kena copet kat shopping mall. duh memang double duh. 


paranoid aku sampai aku boleh pikir yang bukan bukan. ada aje suara suara dibawah sedar yang berbisik. kadang kadang aku cakap dengan diri sendiri chill out lah babe. jangan baca sangat metro kalau balik malaysia. mana aku berada sama aje risk nya. kalau aku boleh berhadapan dengan 3 nazi mabuk, ini kan pulak hantu tetek. apa lah  sangat kalau kena sembunyi dengan hantu tetek. itu pun kalau memang dia wujud pun. ada sapa sapa nak bawak aku berjalan dalam belukar next time aku balik malaysia? 


"total paranoia is just total awareness."






No comments: