kalau kehidupan ini disediakan dengan alat kawalan jauh. pasti butang rewind akan lunyai jadinya. ditekan berjuta kali. salah sekali, tekan. dua kali, tekan. sampai batteri mati. tapi kata pari pari, kehidupan ini akan terus berjalan sampai keepisod akhir. tiada ulang tayang. tiada butang rewind. tiada alat kawalan jauh. jauh sekali poket sakti si doremon.
"cepatlah, cerita dah nak start. hari ini ada pari pari." jerit arwah sambil mengetuk pintu bilik.
aku tutup mac. post rock boleh tunggu. sekejap aje layan sinetron, bukan selalu. balik 3 bulan sekali. ambik masa lepak dengan arwah. bila lagi aku nak kenakan dia. aku tahu dia geram kalau aku bingit dengan cerita tak masuk akal dan berbelit belit. nangis tak berhenti mengenangkan hidup yang palat. make up crayolan kalau kikis 2 kilo boleh dapat. rambut makcik makcik sinetron yg cantik berset. yang paling aku benci bila dalam situasi agak cemas, semua pelakon akan terlopong. kemudiannya akan diikuti dengan iklan selama 10 minit. dan untuk memeriahkan lagi cerita, ada pulak pari pari. diulangi pari pari. double duh! tambahkan sikit mistikal, baru ada rasa!
walau sejujurnya, aku tidak lah give a damn. bila sekarang aku pikir balik. apa yg nampak banal pada mata aku, pada mata arwah itu sudah cukup wow. tak payah gelang emas atau baju sutera jakel buat kan arwah gembira. nengok siska dan rika pun sudah cukup. bertambah kalau aku duduk lepak sekali. aku tak rasa arwah ambil peduli theory sinis aku. yang arwah mahu adalah sedikit hiburan buat teman. tak akan goyah akidahnya kalau dia nengok pari pari terbang bersama tongkat sakti. janji dia happy.
aku lebih prefer doremon dan poket saktinya. aku suruh dia keluarkan alat kawalan jauh kehidupan. tekan butang rewind. berhenti tepat time aku lepak dengan arwah nengok sinetron bawang merah bawang putih.
kenapa? sebab aku nak nengok senyuman arwah.
kenapa? sebab aku nak nengok senyuman arwah.
1 comment:
sedih... :'(
Post a Comment