6.4.11

ketiadaan mood

hari ini aku tak mahu menulis dengan panjang.


aku tulis. aku baca. aku padam. 


mood aku hilang sebab tukang masak aku balik kampung.


bagi aku idea tak akan datang kalau perut kosong minta diisi kan? nak suruh aku masak, terbakar lah dapur aku nanti.


tukang masak minta cuti. alasannya nak jumpa mak. rindu katanya. aku sebagai 'buk' yang masih ada hati perut, mengizinkan tukang masak aku cuti bergaji. dia pergi dengan lenggang happy. 

"jahaman! rindu mak kau ke atau awek karipap sardin?"


ah biar lah. dia manusia jugak, macam aku ada hati perut. bernafas dan bernafsu. janji jumaat dia balik. dan dapur aku kembali berasap.

aku mintak diri, siperut sudah merenggek minta diisi. 

(adakah sepatutnya aku guna perkataan menaip dari menulis? dimana detik ini tidak lah aku memegang sebatang pena. aku sedang mengetis pepapan kunci. menaip, menulis atau mengetis? susah kalau tukang masak balik kampung.)






No comments: