langkah kaki kanan, bagi salam sambil tersenyum dengan tenang. harap harap musim bunga ini ada duit poket untuk ke turkey.
apa cerita hanya kerana satu paper yang salah dihantar, duit pengangguran saya stuck sampai sekarang. sudah masuk 4 bulan saya menjadi pemgemis berdaftar tanpa gaji. 3 kali permohonan saya masih disuruh rujuk semula. atas sebab paper yang diminta masih belum diterima. salah hantar ke cawangan lain memang satu cerita. saya akui kesilapan saya tetapi saya menghantar paper tersebut dalam bulatan yang sama. pejabat yang sama tapi cawangan berlainan. bukan nya saya hantar ke balai polis berdekatan.
apa cerita hanya kerana satu paper yang salah dihantar, duit pengangguran saya stuck sampai sekarang. sudah masuk 4 bulan saya menjadi pemgemis berdaftar tanpa gaji. 3 kali permohonan saya masih disuruh rujuk semula. atas sebab paper yang diminta masih belum diterima. salah hantar ke cawangan lain memang satu cerita. saya akui kesilapan saya tetapi saya menghantar paper tersebut dalam bulatan yang sama. pejabat yang sama tapi cawangan berlainan. bukan nya saya hantar ke balai polis berdekatan.
apa salahnya tuan atau puan pejabat buruh menghantar balik paper saya ke cawangan yang sepatutnya. sah dan nyata paper yang pihak tuan atau puan mintak sebenarnya sudah ada didalam fail tuan atau puan. pihak tuan atau puan yang sendiri mengesahkannya. jikalau pihak tuan atau puan cikai sangat hendak mengeluarkan kos untuk membeli setem, hantarkan notis melalui email atau sms kepada saya. saya sanggup mengtransferkan duit kepihak berkenaan. oleh kerana saya tidak mempunyai salinan original paper yang dikehendaki, saya telah meminta boss lama saya menghantar salinan paper tersebut. setelah sebulan menunggu, saya terasa dipermainkan. seperti kes saya diambik endah tidak endah. mungkin boss lama saya sudah pulang ke chile dengan duit pengganggurannya yang banyak. saya tidak pasti.
apakah langkah yang tuan atau puan hendak saya lakukan lagi? pada firasat saya, penyelesaian pada situasi hidup mati ini adalah dengan pihak tuan atau puan menghantar paper tersebut kecawangan yang sepatutnya. hendak ditunggu boss lama saya mengambil tindakan yang sewajarnya, hanya akan membuatkan pihak tuan atau puan dan saya sakit hati. selepas ini, jangan bagi saya alasan yang paper tersebut sudah menjadi pembungkus keju. atau memang pihak tuan atau puan tidak memasukkan saya dalam statistik file. supaya tahap penggangguran yang sangat mengancam merujum rendah. saya dapat membayangkan pesta keraian dipejabat tuan atau puan. mungkin boss atas tuan atau puan berkata,
"bagi keluar 2 botol champagne, budget untuk setem berjaya dikurangkan!"
saya tidak akan mengemis tanpa sebab kalau kerja yang dijanji banyak berlambak. reality itu menghisap wahai tuan dan puan pejabat buruh. cik sarko dan ahli ahli politik hanya mempunyai mulut mulut yang manis. kerja apa yang ada kat atas gunung ini. cuba cakap dengan saya. sudah lah musim sejuk kali ini salji turun cuma 10cm. saya hanya nampak rumput. hinggakan para pelancong bermain ski lebih diatas rumput dari diatas salji. saya sebenarnya kesian dengan kawan kawan saya yang senasib. sebagai contoh D, seorang ibu tunggal, hari hari dia mengeluh. pikir masa depan. katanya, peluang kerja sikit, calon punya lah ramai. hendak menjadi pengemis berdaftar, walaupun tidak salah disisi undang undang masih dianggap sebagai pencuri tulang dan mempunyai punggung yang berat. bukan kah setiap gaji yang saya dan D dapat, sudah ditolak sedikit untuk contribute dalam tabung penggangguran kami. jadi bila saya dan D sesak, memang sepatutnya kami korek duit dari tabung kami. itu logik akal.
untuk ciggy dan kopi, terima kasih. saya akan bertahan sampai kepagi. saya janji, hari ini saya akan menjadi pengemis berdaftar paling awal tercegat dihadapan pintu pejabat buruh.
biokrasi perancis memang macam misteri pelangi. cantik dipandang mata, kalau di tunding boleh terkodong jari.

No comments:
Post a Comment