31.7.11

sahaja aku berpuasa besok hari...

besok kabarnya orang akan berpuasa. cepat masa berlalu. sudah berpuasa lagi. makan apa buka nanti? nasi brayani dan air bandung atau hanya kurma dan air kosong.

aku? tak payah ditanya. kali ini tiada calling calling ke malaysia. tanya arwah dia masak apa untuk buka. (atau lebih kepada apa yang akan dia masak untuk orang lain melantak.) aku tahu dia hanya akan makan nasi kosong dan sayur sayuran. berulam kan air teh panas. 

cuba untuk tidak beremosi sangat kali ini. kali pertama aku tidak akan menyambut ramadhan dan syawal seperti selalunya. tiada semangat. balik pun tidak tahun ini. kain ela yang sepatutnya jadi baju kurung untuk tahun ini hanya tinggal perhiasan didalam almari. tak sanggup nengok kalau jadi baju kurung. pakai pun tidak secantik bila arwah ada. 

janji nak pakai baju sepapan dengan arwah. tidak untuk tahun ini, tidak pun untuk tahun depan. tidak untuk selama lamanya.

aku harap adik adik aku tabah menghadapi bulan ramadhan tanpa arwah dan aku. biar kita menangis dalam hati. tabah ya. mati itu sebahagian dari kehidupan. ingatkan sahaja memori yang ditinggalkan.

besok tiada kurma dan air kosong. aku tidak puasa. neuron kepala otak aku harus diperbaiki. 

kena baring sekejap. sakit kepala datang lagi...


30.7.11

which one is better, to die with slices of bleeding wrist or to be crushed by an elephant. indeed maybe just disappear like dew in the morning. when the sun comes, either you are ready or not, you are already in a part of history. that is kind of sweet. to disappear. completely in silent. 

all i can see is the light at the end of the tunnel is no more there. black pitch. i guess i am in the wrong tunnel. not yet dying but almost feel like a ghost. 

i hate when i am sick. i hate when people said i can not take care of myself. i hate when i need to puke every single things that i ate. i hate when i abuse myself to the point i just snap. i hate when i thought that i am crawling back from the fall. instead i am digging a hole. my own death.

pray that this feeling is just one of the effects of my treatment.

or some words of PMS bitch.

boss

selama bekerja 3 minggu ini, aku perhatikan yang manager aku tak pernah menang tangan. dengar kabar dia start pukul 7:30 pagi habis sampai pukul 9 malam. nak juga tanya dia makan dadah apa sampai tak pernah mengeluh penat. sekali aje dia berdengus, sakit pinggang. 5 minit aku nengok dia dah start tolak trolley. sambil bersiul. gila.

hari ini aku perhatikan lagi. aku nengok dia makan cepat tapi sampai 2 pingan. tak menang mulut tapi tak gelojoh. dan hari ini jugak aku dapat tahu yang dia tak pernah cuti. contract 2 bulan takde rehat. 

"boss, tak penat ke. langsung takde cuti?" aku tanya dia.

"saya dah buat penjanjian dengan setan. contract 2 bulan tanpa berhenti." dia jawap selamba.

aku senyum tahu dia memainkan aku. gatal punya orang tua.

semalam aku yang rebah. kena epileptic fits. sebagai balasan, aku cuti seminggu. aku harap boss paham. aku ingat dia yang akan rebah dulu. maaf boss, aliran current otak saya tidak berfungsi dengar cergas. saya berhenti makan ubat sebab saya ingat saya sudah sihat. rupanya penyakit saya tidak akan hilang. ada masa, ia datang tanpa diundang.

2 biji tegretol dan aku akan lena buat sementara.

buat sementara dan hidup kena terus kehadapan. walau kadang kadang aku pikir untuk tidur selama lamanya.

tiada tegretol, tiada fits, tiada depression.

mati.

20.7.11

ikan dan asam

terbangun dari mimpi. jam 3:33 pagi.

arwah datang lagi. pesan nya satu aje.

"jaga lah orang yang kau sayang sekarang ni. mak doakan kau bahagia dari kejauhan."

setengah jam, aku duduk pandang jam. apa maksud nya? mimpi kan mainan tidur. tapi kalau arwah yang datang, macam satu petanda bagi aku. petanda yang baik. aku tak sedih kalau dia datang menjenguk. mana pun dia sekarang, aku tahu dia hanya doakan yang terbaik untuk aku.

pernah arwah cakap, dia akan sujud syukur kalau aku balik terus menetap di malaysia. walau pun aku balik sendiri dan miskin. janji aku balik dekat dengan dia. masa tu aku sibuk mencari diri. selalu cakap arwah akan hidup lama. aku dah kaya, balik jaga dia.

itu hanya kata kata. janji aku nak jadi kaya dan jaga dia tak kesampaian. tapi janji aku akan balik mungkin akan kesampaian. janji akhir aku pada dia.

4:03 pagi, aku capai selimut. senyum sendiri, teringat kata arwah. ikan dilaut, asam didarat. pulangnya nanti dalam mangkuk (ke dalam periuk). mana mana aku pergi, satu hari nanti aku akan balik. katanya. ya mak, saya asam, ikan saya dah jumpa. cuma mangkuk aje yang menunggu.

kau ikan, aku asam. nanti dalam mangkuk kita jumpa ya sayang...

selamat malam.

18.7.11

makcik hujan panas

orang yang selalu menyibukkan diri dengan perihal orang lain. selalunya mempunyai daya pemikiran terhad (tidak melebihi keluasan dinding rumah sendiri). semakin elok kalau menggangap dirinya seperti tuhan. membandingkan itu dan ini dengan kelebihan diri yang tidak seberapa. kelemahan sendiri akan cuba disembunyikan didalam ceruk tandas. disemprut minyak wangi hatta minyak yu yee pun tidak akan dapat menghilangkan pekung mereka.

kepada jiran aku yang suka menjaga tepi kain atau seluar aku, tolong lah. tidak ada dalam contract sewa rumah yang menyuruh aku berbaik baik dengan kau. tidak ada termaktub yang aku harus bersih laman hall kau. aku tidak pernah menyuruh kau menyapu habuk (yang tidak pernah ada) atau mengelap lantai (yang tidak pernah berdaki) rumah aku. yang kau sibuk suruh orang bersih suci macam kau kenapa? dalam rumah cerita aku, luar laman sudah bukan hal aku. tak payah memekak pagi pagi suruh aku bangun bersih laman hall. ada orang yang akan bayar gaji aku? kalau kau nak buat, buat lah. confirm kau masuk syurga sebab menolong jiran seperti aku.

lain kali kalau kau nak buang door mat aku, buang jauh jauh sikit. setakat buang kat tingkat bawah, kau tak cukup hebat lagi. kalau berani, buang cat merah kat pintu rumah aku pulak. tak pun panggil anak kau yang diduduk kat penjara tu pukul aku. akan aku bakar belacan bagi kau loya seminggu. nanti aku hantar tuju tuju bagi kau sakit. (eh santau tak kira lah kau mat salih ke tidak). kau tak takut batuk keluar rambut dan paku?

makcik makcik hujan panas yg suka bersidai dibalkoni melihat manusia kerdil seperti aku (kerdil kerana kekurangan segala, bukan sebab saiz badan.) aku doakan korang semua akan terjatuh dari balkoni ketika sibuk mengumpat sana sini. door mat aku yang korang baling tu tak akan menyelamatkan korang semua. sekian. aku nak jaga kain sendiri...

nanti

jauh terbang ke langit sakti.
terbang mencari pengisi hati,


bertahun ku menanti, si dia sang teka teki.


jika kau yang tertulis sebagai pengganti, dilantai bumi setia sembunyi,

akan ku patah kan sayap ini.
bersama mu aku harus kembali...

14.7.11

epik ayam serama bulu balik dan beruk serta bunga bunganya.

dua tiga hati yang perlu aku jaga, dengar keluhan mereka. setia mata aku membaca nota panjang luahan hati. cerita tentang cinta epik mereka. bukan bernada sarkastik. satu pembaziran menitiskan air mata kalau epiknya hanya sehangat tahi ayam. ini lebih dari tahi ayam, ini adalah epic maha ayam serama bulu balik (ayam serama bapak aku yang mati terendam dalam besen air atau kemungkinan besar, bunuh diri. kecewa malu, kerana batu yang dipatuk selama ini bukannya dedak jagung. ada masa aku akan tulis pasal si bulu balik dengan lebih lanjut.)

luahan tetap sama, yang cinta tiada harapan atau harapan tidak memutik kan cinta. kalau sudah namanya harapan, iaitu keinginan yang masih tidak ada kepastian. kenapa harus terus membeku pada harapan yang satu? kenapa meminta kepada yang tidak pasti. harapan kalau tanpa janji, elok lah cari ganti. berharap kepada beruk, bunga yang kau bagi, memang lah dimakannya. kau ingat beruk nak selit bunga kat telinga? beruk tak paham. beruk tahu isi perut sendiri dan tak tahu apa itu kecantikan sekuntum bunga. beruk tak bercinta dan tidak tahu memberi harapan. 

kalau ikut aku, cinta itu hanya rembesan dadah yang sangat syok. dari mata naik kat kepala. dah lama sikit, lepas dah tangkap stim baru turun kat hati. agak nya itu yang selalu sakit hati. sudah habis effect. sudah tidak syok lagi. stim potong.  kalau kau nak gembira, ambik dose lagi. apa susah. orang cakap ah cinta kena tunggu kena puja kena dendam baru jadi. dah macam tu buat aje lah. kalau tak ada yang memberi, bercinta aje dengan diri sendiri. syok pun syok sendiri. bukan susah kan orang pun. cermin kau sendiri yang beli.


kalau orang berpekik, bercinta biar satu, kawan sampai beribu. kalau ikut hati, bercinta lah sampai dua atau tiga sekali. jangan lebih empat. nanti yang dikendong berciciran, yang dikejar tertingal lari. kalau berkawan pula jangan pilih yang berkuman jahat. sakit binasa badan. cari kuman yang boleh bertindak sebagai immune yang sihat. macam susu bakteria kultur. boleh bagi bersih perut. (bab suruh bercinta sampai empat tu jangan di ambik serious. gila jadi nya. melainkan kau hot dan kaya. dan mempunyai masalah ego yang tinggi).

sudah, berhenti berkabung. lihat kalau harapan membuah kan cinta atau sebaliknya. jangan lepaskan peluang mencipta epik ayam serama. aku sedia membaca luahan rasa. cuma aku akan charge lebih sikit masa runding.

kepada dua tiga hati yang aku sayang, ingat setiap perjalanan itu ada hentiannya. 









ada ubi ada batas

semalam cerita yang tertulis maha panjang. hari besok mungkin hajat tak kesampaian. jadi hari ini aku janji tidak akan berpantang. aku terima. kerana setiap beban ada jalan penyelesaian. kalau tidak larat ditatang. rehat. sudah hilang penat. bergerak aku menjalani kehidupan. seperti manusia lain, pilih sama ada berenang melawan arus atau menyerah hanyut. akhir nanti, pilihan yg benar atau salah, risiko aku sendiri yang tanggung. bukan kau tapi aku. bukan jiran, bukan driver bus, semua bukan. hanya aku sendiri. jangan takut bangkit. jatuh bukan selalu. bukan untuk selamanya.



kesimpulan setelah meruntum dengan masalah masalah kendiri aku dan orang di keliling. aku mahu tanam ubi. tiada kaitan, itu cuma metaphor. mahu tunggu sampai berisi, putih melepak walau luaran kotor bersalut tanah. bergelumang dengan segala zat galian, binatang kerdil yang hina (seperti cacing, tikus mondok etc). dikorek keluar dari isi bumi. ada ubi ada batas. penat aku berbalas. ubi ubi ini lah yang akan mengisi hati perut dan jiwa aku sendiri. bukan tamak. setelah aku kenyang mungkin aku rebus untuk orang keliling. buat makan petang sambil berbual pasal kehidupan dengan tenang. bukan tamak, cuma memberi peluang hati yang kosong diisi dengan bijaksana. setelah penuh, kenapa tidak mengenal hati yang lain. pada aku sedangkan betapa susahnya mencari kebahagian untuk diri sendiri, apakan lagi bergantung kebahagian pada orang lain. jadi biar lah aku puas makan ubi ubi aku sendiri. sampai waktu, (atau mungkin sudah terjadi) aku akan kongsi ubi ubi aku untuk orang orang yang terpilih. 

oh ye, kalau datang sarapan petang, tolong lah bawak gula dan kelapa. lagi afdal dimakan dengan ubi rebus. manis masin cukup rasa. kopi atau teh, nanti belakang cerita.


bersambung dan selamat kembali. sampai nanti diserpihan nota nota mendatang...