14.7.11

ada ubi ada batas

semalam cerita yang tertulis maha panjang. hari besok mungkin hajat tak kesampaian. jadi hari ini aku janji tidak akan berpantang. aku terima. kerana setiap beban ada jalan penyelesaian. kalau tidak larat ditatang. rehat. sudah hilang penat. bergerak aku menjalani kehidupan. seperti manusia lain, pilih sama ada berenang melawan arus atau menyerah hanyut. akhir nanti, pilihan yg benar atau salah, risiko aku sendiri yang tanggung. bukan kau tapi aku. bukan jiran, bukan driver bus, semua bukan. hanya aku sendiri. jangan takut bangkit. jatuh bukan selalu. bukan untuk selamanya.



kesimpulan setelah meruntum dengan masalah masalah kendiri aku dan orang di keliling. aku mahu tanam ubi. tiada kaitan, itu cuma metaphor. mahu tunggu sampai berisi, putih melepak walau luaran kotor bersalut tanah. bergelumang dengan segala zat galian, binatang kerdil yang hina (seperti cacing, tikus mondok etc). dikorek keluar dari isi bumi. ada ubi ada batas. penat aku berbalas. ubi ubi ini lah yang akan mengisi hati perut dan jiwa aku sendiri. bukan tamak. setelah aku kenyang mungkin aku rebus untuk orang keliling. buat makan petang sambil berbual pasal kehidupan dengan tenang. bukan tamak, cuma memberi peluang hati yang kosong diisi dengan bijaksana. setelah penuh, kenapa tidak mengenal hati yang lain. pada aku sedangkan betapa susahnya mencari kebahagian untuk diri sendiri, apakan lagi bergantung kebahagian pada orang lain. jadi biar lah aku puas makan ubi ubi aku sendiri. sampai waktu, (atau mungkin sudah terjadi) aku akan kongsi ubi ubi aku untuk orang orang yang terpilih. 

oh ye, kalau datang sarapan petang, tolong lah bawak gula dan kelapa. lagi afdal dimakan dengan ubi rebus. manis masin cukup rasa. kopi atau teh, nanti belakang cerita.


bersambung dan selamat kembali. sampai nanti diserpihan nota nota mendatang...



















No comments: