dua tiga hati yang perlu aku jaga, dengar keluhan mereka. setia mata aku membaca nota panjang luahan hati. cerita tentang cinta epik mereka. bukan bernada sarkastik. satu pembaziran menitiskan air mata kalau epiknya hanya sehangat tahi ayam. ini lebih dari tahi ayam, ini adalah epic maha ayam serama bulu balik (ayam serama bapak aku yang mati terendam dalam besen air atau kemungkinan besar, bunuh diri. kecewa malu, kerana batu yang dipatuk selama ini bukannya dedak jagung. ada masa aku akan tulis pasal si bulu balik dengan lebih lanjut.)
luahan tetap sama, yang cinta tiada harapan atau harapan tidak memutik kan cinta. kalau sudah namanya harapan, iaitu keinginan yang masih tidak ada kepastian. kenapa harus terus membeku pada harapan yang satu? kenapa meminta kepada yang tidak pasti. harapan kalau tanpa janji, elok lah cari ganti. berharap kepada beruk, bunga yang kau bagi, memang lah dimakannya. kau ingat beruk nak selit bunga kat telinga? beruk tak paham. beruk tahu isi perut sendiri dan tak tahu apa itu kecantikan sekuntum bunga. beruk tak bercinta dan tidak tahu memberi harapan.
kalau ikut aku, cinta itu hanya rembesan dadah yang sangat syok. dari mata naik kat kepala. dah lama sikit, lepas dah tangkap stim baru turun kat hati. agak nya itu yang selalu sakit hati. sudah habis effect. sudah tidak syok lagi. stim potong. kalau kau nak gembira, ambik dose lagi. apa susah. orang cakap ah cinta kena tunggu kena puja kena dendam baru jadi. dah macam tu buat aje lah. kalau tak ada yang memberi, bercinta aje dengan diri sendiri. syok pun syok sendiri. bukan susah kan orang pun. cermin kau sendiri yang beli.
kalau orang berpekik, bercinta biar satu, kawan sampai beribu. kalau ikut hati, bercinta lah sampai dua atau tiga sekali. jangan lebih empat. nanti yang dikendong berciciran, yang dikejar tertingal lari. kalau berkawan pula jangan pilih yang berkuman jahat. sakit binasa badan. cari kuman yang boleh bertindak sebagai immune yang sihat. macam susu bakteria kultur. boleh bagi bersih perut. (bab suruh bercinta sampai empat tu jangan di ambik serious. gila jadi nya. melainkan kau hot dan kaya. dan mempunyai masalah ego yang tinggi).
sudah, berhenti berkabung. lihat kalau harapan membuah kan cinta atau sebaliknya. jangan lepaskan peluang mencipta epik ayam serama. aku sedia membaca luahan rasa. cuma aku akan charge lebih sikit masa runding.
kepada dua tiga hati yang aku sayang, ingat setiap perjalanan itu ada hentiannya.
No comments:
Post a Comment